Anuar Dan Immagine del profilo

Anuar Dan

Ritorna alla lista Aggiunto il 11 mag 2004

ANUARDAN:
Menggarap Seni Warisan Melayu
Oleh: MOHD JOHARI AB. HAMID
DEWAN BUDAYA, NOVEMBER 2005

ANUARDAN:
Menggarap Seni Warisan Melayu Penulis terpegun dengan ketekunan pelukis ini dalam menggarap imej-imej yang bukan asing pada kita ketika di alam kanak-kanak dulu. Kukur kelapa, tempayan jeruk, buyung, tikar, seterika arang, jam dinding, kipas antic, basikal tua, rumah-rumah kampong (lama) yang boleh dianggap telah pupus dan jarang-jarang digunakan lagi. Nostalgia penulis dengan kehidupan zaman kanak-kanak pada tahun 1960-an sedikit terubat apabila menghayati lukisan-lukisan Anuar Dan. Bagi penulis, lukisan-lukisan beliau begitu berjaya membawa kita kembali pada zaman-zaman lampau itu.

Walau bagaimanapun, pelukis kelahiran Taiping, Perak pada tahun 1960 itu seperti mencari sesuatu dalam menterjemahkan kembali imej-imej tersebut dalam karya-karya seninya. Meliuhat stail karya seninya itu, penulis cuba membuat pentafsiran sendiri bahawa Anuar Dan telah bertemu semula dengan identitinya itu. Penulis mulai mengenali pelukis ini sejak tahun 1990 lagi. Tugasnya sebagai pereka grafik di Balai Seni Lukis Negara telah membuka peluang yang cukup banyak kepadanya untuk mengenali dan mendalami duni aseni visual tanah air. Peluang keemasan itu digunakan oleh Anuar Dan bagi memperkaya pengalaman dan ilmu di dadanya. Beliau berkesempatan berkenalan rapat dengan beberapa seniman besar negara seperti Dato’ Syed Ahmad Jamal dan Allahyarham Ismail Zain.

Anuar yang mendapat pendidikan dalam bidang grafik seperti tidak kekok untuk terus mencuba dan mencari peluang untuk bersama-sama meletakkan dirinya bagi memeriahkan lagi dunia seni tanah air itu. Kemungkinan besar Anuar dipengaruhi oleh beberapa orang pensyarahnya yang juga pelukis terkenal seperti Hashim Hassan dan Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Mereka merupakan tenaga pengajar dari jurusan grafik yang turut mewarnai dunia seni visual tempatan dan antarabangsa. Siapakah tidak mengenali dengan pelukis ’Burung Batik’ dan ’Bapa Logo Kebangsaan’ itu ?. Ataupun karya-karya seni yang memaparkan imej foto montaj dan perinding setem Malaysia ciptaan Raja Zahabuddin Raja Yaacob ?.

Berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar itu, Anuar Dan juga berjaya menunjukkan taringnya. Beliau telah berjaya mernagkul tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1983. Bukan setakat itu sahaja Anuar mencipta kejayaan, malah beberapa siri pertandingan karya beliau sering menjadi perhatian juri. Antaranya tenpat pertama pertandingan mencipta logo Anti Dadah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dan Hadiah Kedua pertandingan melukis orkid anjuran Galeri Seni Shah Alam (2000). Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diperolehi Anuar tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau terus berusaha untuk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan

Pemerhatian penulis terhadap perkembangan yang ditunjukkan oleh Anuar bukan berlaku dalam tempoh setahun dua saja. Malah ia berlaku hampir saban tahun sehingga ke hari ini. Ketika seedang melengkapkan penyelidikan di peringkat Ph.D., penulis sering bertemu dengan pelukis ini untuk mendapatkan maklumat dan sejarah seni visual, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan kritikan seni di Malaysia. Anuar menjelaskan bahawa kritikan seni amat diperlukan di negara kita. Menurutnya seni yang tidak dikritik seperti tidak diberi pengiktirafan.
Kritikan seni merupakan satu pengiktirafan masyarakat kepada pelukis dan karya seni itu sendiri. Menurutnya lagi, kejayaan beliau dalam memperolehi identitinya setakat ini adalah usaha kritikan seni sendiri.

Kritikan seni bukan sahaja setakat pengiktirafan tetapi turut memberikan cahaya dalam karya. Karya seni perlu digilap oleh pengkritik seni supaya terus bercahaya. Seperti pelukis lain juga, Anuar tidak gentar apabila menerima kritikan. Padanya, pelukis perlu bersedia pada bila-bila masa untuk dikritik oleh pengkritik seni. Selain itu menurutnya lagi, pengkritik seni juga biarlah terdiri daripada individu yang memahami seni dan mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam dunia seni. Sekurang-kurangnya sesuatu yang diperkatakan itu dapat diterima kerana kritikan juga boleh menjejaskan minat pelukis sekiranya tidak ditangani dengan betul. Pengkritik yang tidak mempunyai pengalaman atau pendidikan seni tidak dapat mengupas karya seni dengan baik. Peluang bagi pelukis untuk memperbaiki apa-apa yang dikritik itu tidak jelas.

Penulis tertarik dengan perubahan Anuar dalam menterjemahkan karya-karya seninya itu. Suatu ketika dulu, Anuar memilih buah-buahan tempatan sebagai tema utama dalam kebanyakan karyanya. Pemilihan itu pada pendapat penulis tidak begitu sesuai kerana, pendekatan dan pengolahan berus dan warna serta paparan imej Anuar begitu bertenaga. Dari karya-karya yang dihasilkan seperti Siri Manggis dan Raja Buah itu sudah terserlah bahawa Anuar perlu memilih objek yang lebih dekat dengan budayanya. Ini dapat membantu beliau untuk duduk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelukis-pelukis terkenal tanah air.

Daripada pemerhatian dan penyelidikan penulis, Anuar gemar melakukan percubaan demi percubaan, terutama bagi mendapatkan tema, gaya, teknik, sapuan berus dan aliran. Cara sapuan berus yang kasar dengan pertindanan warna-warna yang agak garang mendorong penulis berpendapat pengaruh abstrak ekspresionis telah menjiwai dalam dirinya. Namun, Anuar tidak jemu mencuba sehingga kini. Akhirnya dengan pemilihan imej yang lebih padat dan berjaya, Anuar sudah boleh tersenyum bahawa karyanya sudah mulai diintai oleh penggemar lukisan Malaysia. Malah karyanya sudah dimiliki oleh kebanyakan orang kenamaan sama ada dari dala negara atau luar negara.

Kebanyakan karya seni Anuar Dan menyerlah dengan warna-warna impresionis. Iimpresionis merupakan aliran seni moden yang bermula di Eropah pada abad ke – 16. Aliran ini bermula akibat daripada perasaan jemu pelukis ketika itu yang gemar melukis objek yang benar. Satu kumpulan pelukis telah membawa konsep merakam semula simbahan cahaya pagi atau senja di atas objek. Yang menarik Anuar cuba mengambil warna-warna senja dan dipadankan dengan objek-objek warisan melayu itu. Objek itu tidak dilukisnya malah dicetak semula dengan menggunakan teknik sutera saring.

Objek itu dipilih dan disusun mengikut kesesuaian estetika. Bentuk-bentuk rumah melayu lama yang semakin kurang perhatian masyarakat sekarang sebenarnya kaya dengan nilai-nilai tradisi Melayu. Sayangnya, rumah-rumah itu semakin lama semakin pupus ditelan arus pemodenan. Begitu juga dengan barangan lama yang dinyatakan sebelum ini. Barangan tersebut tidak lagi menjadi barangan keperluan, malahan semakin kurang diberi perhatian. Melihat fenomena itu, Anuar Dan mengumpulkannya semula dalam bentuk artistik.

Memetik penulisan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Anuar Dan melukis ’ukiran budi’ Melayu dengan dua bentuk dimensi, mengutip semula khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayan dan sangkar burung. Semuanya kembali untuk dicintai kerana Anuar Dan percaya di situlah inti dan semnagt budi Melayu yang bersalutkan akal menyatukan di jiwa.

Antara karya-karya seni Anuar Dan yang menarik untuk dihayati ialah, ’Mendengar Guruh Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan, ’Rumah Sudah Pahat Berbunyi, ’Rumah Buruk Disapu Cat, ’Ibarat Burung, ’Mata Terlepas Badan Terkurung.

Pemilihan bagai kebanyakan judul karya seni juga penting bagi Anuar Dan. Bagi pelukis yang berkumis nipis itu, disamping menghayati karya seninya, penghayat seni dapat menyelam makna yang tersirat daripada untkapan bidalan dan perumpamaan Melayu itu. Beliau juga ingin memperjuangkannya agar kedua-dua nilai seni Melayu tradisi itu tidak pupus ditelan zaman.

Daripada penyelidikan dan pemerhatian penulis, pelukis turut memainkan peranan penting untuk mengetengahkan semula nilai-nilai seni tradisi nenek moyang kita yang hampir pupus itu. Antaranya gurindam, pantun, seloka, adat berendoi dan sebagainya.

“KHAZANAH” an artist perspective on dissipating worlds

William Faulkner once said that the aim of every artist is to arrest motion, which is life, by artificial means and hold it fixed, so that a hundred years later, when a stranger feasts his eyes on it, it shall move again, since it is life.
AnuarDan did precisely that. “Khazanah” is a collective work emphasising on the pending extinction of quaint Malay houses and its’ heritage.His painting are well articulate, the houses strongly vertical and depicted in surrealistic and semi abstract ways. Figures in his works, exquisitely nuanced, are pale shadows. He has relayed an impending sense of foreboding, of everything being ultimately mutable. Even the intricate and detailed works on these domiciles seem ephemeral. This very ambiguity is profoundly disturbing. His images are imposing but never tactile, and the colour utilised, of ‘dirty’ hues of earth-based tone succeeded in lending his creation a sense of antiquity. These houses and its’ occupants seem deadpan, with a surrealist charge to them. As for the other embellishments, (bicycle, foliage, kitchenware) they all have an eerie and transparent quality to them. It is like viewing your own house from another dimension. There is also a trace of scepticism in his works, although he regrets the pending demise of such beautiful houses, he seems almos distrustful that anything can be done to halt the process.This body of work is indeed the exact opposite for this artist, who started out his carear painting vividly coloured fruits. Encouraged by the then Director of Malaysia’s National Art Gallery, Datuk Syed Ahmad Jamal, AnuarDan participated in competitions with works exploring natural themes, and evolving into the abstract medium. He has not abandoned his fruits series however. as they are popular with hotel and locals.
This works are his way of preserving what is left of the Malay culture, when not very far into the future, will be replaced by imprersonal and gargantuan buildings. The next generation will never know any differenct, but thanks to AnuarDan and other artist with similar love for culture, they have seen it that proper documentation is done. Although these domains may one day no longer exist, its beauty is immortalised for all to withness. His paintings are metapohors of a pending future nothingness, of a society, which functions on logic and practicality, where aesthetics are mere distractions and the persuit of wealth is dominant. These are trouble times, when the sense of common grounds is compromised and etiquette of preserving culture is lost somewhere in between.

art corridor, october 2001


SENI RUPA MELAYU ! anihkah istilah ini sama saja dengan Chinese Painting. atau Victorin art atau Afirican art, Barangkali inilah yang telah menggelorakan batin Anuar Dan dengan kongsep lukisan yang dipamerkan kepada kita.Dalam pembicaraan dengan beliau seminggu yang lalu dengan penuh kesedaran dia melemparkan idea seni "melayuisme". Apakah ini aliran baru yang ingin dicetus beliau ? Sensasikah idea ini ? Untuk ini saya melihat, memang inilah istilah yang tercatat atau yang berani beliau catat dengan media seni lukisnya. Walaupun kongsep ini telahpun dicetuskan sebagai hasil seni.
Mari kita rujuk karya beliau. sebagai seorang lepasan pengajian seni reka grafik kaedah bekerja pakar grafika terutama dari segi gabungan teknik cetak masih terasa. Cuma apabila dia mula melukis (dalam teks sastera klasik disebut " tulis = bertulis = tulisan") kita dapat merasakan luapan emosi yang memaparkan makna lambang dalaman melebihi fakta yang dikumpulnya. Kesedaran kepada isu-isu pribumi bukan sesuatu yang baru. Syed Ahmad Jamal telahpun lebih awal muncul dengan "umpan" (1958) dan "Chairil Anwar "(1958) (lihat Kunang-kunang,1999:88-89). Atau Latiff Mohidin dengan siri "Langkawi" (1977). Tetapi kerana mereka membawa citra ekpresionisme, semangat pribumi itu tidak pula timbul
ketika itu. Walaupun mereka (saya percaya) teks sastera Melayu klasik memang telah sebati. Rujukan karya oleh pelukis seangkatan beliau wajar disebut. Antaranya ialah Amron Omar dengan siri gerak silat. Jalaini dengan siri flora fauna dan budaya benda Melayu. Yang benterasa merujuk teks sastera klasik ialaAnuar Rashid dalam "Inderaputera- -kelahiran diterbangkan merak" (1978) manakala Ismail Lattif dengan "Lembah Mayang Sari - Penerbangan Mayang Sari" (1987). Kesetiaan Ismail Lattif dengan teks sastera dan budaya Melayu klasik terbukti dengan mengekalkan semangat pribumi dalam memberi judul lewat perkataan dan ejaan Melayu untuk setiap karya lukisannya. Sehingga kerap bagi mereka yang sebati dengan worldview Melayu akan cepat tersentuh.

Tugas pelukis adalah berkarya tentu tidak sama dengan, dan si penghimpun seni untuk masa depan. Di sini saya melihat, peranan AnuarDan. saya melihat dia juga adalah penilai dan penghimpun khazanah budaya. Dia mengheret kendi tembaga India. Buyung Sayong, acuan kuih bahulu Terengganu, seterikaCina, jerangkap burung Kedah, basikal tua, syiling zaman kerajaan Melaka, selipar manik nyonya, kerusi lipat Betawi, mesin jahit singa, tempayan taucu China.... semuanya khazanah budaya benda ini telah berusia lebih 80 tahun dan dapat dikatagorikan sebagai barang antik. Tapi di tangan dan pelitahatinya kita rasa kasih, rasa terhutang kepada sejarah lampau. Pengertian khazanah yang membawa makna, barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dalam memperkayakan fikiran.."(Iskandar, peny. 1994. Kamus Dewan:673). Kiranya memang tepatlah konsep proses pengkaryaan Anuar Dan.Memang ada pelukis lain yang seangkatannya merakam rekabentuk seni bina Melayu seperti Tajuddin Haji Ismail, tetapi pelukis ini melihat dari mata seorang arsitektur; shafie Haji Hassan, Othman Akbar sulong, ataupun Victor Chin, tetapi karya mereka masihmeneruskan gaya impresionisme cat air kolonial (lihat karya mereka dalam Puspaseni, 1989, Bank Negara Malaysia)

Perbandingan ini dilakukan buat menemui gaya pribadi Anuar Dan. Saya menemukan keistimewaan ini.Kalau Mastura Abdul Rahman melihat dari pandangan atas akan ruang dalaman rumah Melayu, dengan tikar batik, tempayan, buyung tikar dan bantal (Ibid:155); Anuar pula mengangkat segala khazanah peralatan budaya dalam rumah ke halaman rumah. Pelukis ini bagai tidak sabar untuk mempamerkan di halaman luar. Kenapa ? berdasarkan celah-celah ceritanya, dia gagal menemukan semua khazanah perba itu di dalam muzium ! Memang ada terkumpul di muzium tanahair tetepi tidak semua dapat dipamerkan, sebaliknya tersimpan di ruang stor -tidak dipamerkan. sinis? Barangkali saja, kerana buyung, kendi, mesin jahit, seterika, acuankuih yang seharusnya

berada di dapur, di bilik tidur, di belakang rumah semuanya di angkat ke halaman. Memang ada kerusi di anjung, basikal tersandar di celah pintu, sangkar burung tergantung di bawah lemudi, selipar di tangga, tetapi dengan rekabentuk rumah Perlis, Anjung rumah Melaka, sudah disengetkan tiangnya, atau di tinggikan dari aras tanah... perabung boleh saja bertindan dengan kisi-kisi atau pintu tolak goyang kedai kopi satara pula dengan cerek atau acuan ikan berselerak di halaman (ruang depan kertas). Ini semua adalah berkat kerja grafik yang dapat memudahkan susunan dan mainan ruang. Begitu juga, awan larat ukiran bukan lagi berkedudukan konvensional yang menempel sebagai perabung, tetapi muncul sebagai susunan ruang, dengan menimbulkan kesan warna paduan gelap dan terang. Terang di luar, gelap di dalam atau sebaliknya bisa terjadi. Tidak anehlah dalam teks sastera klasik semua bunga seperti berembang, cengkeh, matahari atau daun budi atau aneka warna di sebut sebagai awan-bekerawang tergantungan bebas terawang. Ini dilengkap lagi dengan flora-daunan berpucuk merangka putih di tangga.Seperti juga kesedaran mengutip dan menghimpun khazanah sejarah, kita juga dapat mengesan citra warna alam Melayu. di sana sini warnanya adalah ibarat diperikan, ".... siang warna minyak petang warna lembayung". Rata-rata lukisannya adalah berlatarkan suasana peralihan warna siang ke petang. Kalau selama ini pelukis bertolak daripada konsepwarna panas dan dingin gaya Barat tetapi dalam siri Khazanah ini AnuarDan meneroka warna nenek moyangnya yang menggobek sireh, yang berair liur merah terjelma oleh sirih, gambir, pinang, kapur yang mengkacip kuning pinang masak, atau tergiur dengan merkah merah delima di halaman; perang sabut kelapa, atau merah lebam kayu jati, hitam tampuk manggis, dan kilau kuning tembaga.

Ini dibukti lagi dengan senarai judul karya-karya yang dipamerkan kali ini bergaul antara nilai klasik dan sinis semasa antaranya yang klasik ialah "seperti pinang pulang ke tampuk, mencurah air ke daun keladi, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah" - atau Anuar juga mula risau dan merasa sinis seperti judul, " di rumah beraja-raja di rimba berberuk-beruk, ada wang abang disayang tak ada wang abang melayang.... "
Sejauhmanakah berhasilnya Anuar dengan semangat Melayuisme yang ingin ditampilkan? Inilah budi Melayu, yang kurik itu kendi yang merah itu saga. Anuar telahpun melurik kendi, telahpun memerah sagakan warisan budaya. Tahniah!

Teks Tulisan Prof. Dr Siti Zainon Ismail, Sempena Perasmian Pameran solo ANUARDAN, 2001.

Artmajeur

Ricevi la nostra newsletter per appassionati d'arte e collezionisti