Back to top

Anuar Dan

Dan Anuar

Anuar Dan
my Malaysia


Category : Painting (153) , Design (111) , Installation (19)
Average Price : $0.31 - $919.54
293 Artworks ($8,250.10) - View all artworks »


Born - 1960, in Taiping, Primary school, Sek. Ren. Keb. Kenering, Grik, Secondry School, Sek Men. Dato Ahmad Lenggong. CONTACT hp: 019 6406374

Artists Gallery: 1. RANTING ART,SACC MALL, SHAH ALAM. 2.ARCHIPELAGO, ALAMANDA PUTRAJAYA. 3. ART COLONY, STAR HILL, K.LUMPUR. 4. ART ON PLUS, AIR KEROH, MELAKA.
E-mail -
Website - www.artwanted.com/AnuarDan

EDUCATION
1979 - 1983 - Degree in Graphic Design, University of Technology Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia.

1987 - Certificate In Museum Study, Lucknow, India

SOLO EXIBITION
2001 • Pelita Hati Gallery of Art, Kuala Lumpur
• AEA Fine Arts, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
2002 • News Straits Times (M) Bhd. Kuala Lumpur
• Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
2003 • HOMEDEX 2003, MidVelly,
• DEX 2003, Kuala Lumpur
• Maju Junction, Kuala Lumpur
2004 • Artists Space, Concord Hotel, Shah Alam

EXHIBITIONS
1983 • Faculty Show, UiTM, Shah Alam• Palestine Show, City Hall, K. Lumpur.• Keretapi Tanah Malayu (KTM) Show, Parliment Hall. •1984 •Young Contemporary, National Art Gallery, K.L • Water Colour Exhibition, City Hall, K. Lumpur. • 1986 • Space Art Exhibition, National Art Gallery, K.L • 1987 • National Open Show, National Art Gallery, K.L • Angkatan Pelukis Semalaysia (APS) • Annual Art Exhibition/Competition, Creative Centre (APS),K.L • 1990 • Open Art Show, National Art Gallery, K.L • 1991 • One World Whitout War, City Hall, K. Lumpur. • 1994 • BOSNIA Art Exhibition, Petronas Art Gallery,K.L • BOSNIA Art Exhibition, Dewan Bahasa & Pustaka • Bank Utama/Art Salon - Open Art Exhibition/Competition, Petronas Art Gallery, K. Lumpur. • 1995 • APS Annual Art Exhibition, Creative Centre APS, • K.L Open Art Show, Shah Alam Art Gallery, Shah Alam.• Philip Morris Art Exhibition/Competition, National Art Gallery. K.L • 1996 Goverment Staff Art Exhibition/Competition, MATIC, K. Lumpur. • Negeri Selangor Mosque Art Exhibition/Competition, Shah Alam Art Gallery. • 1997 • Annual Art Exhibition, Angkatan Pelukis Semalaysia (APS), Petronas Art Gallery, K.L • 1997 • Open Art Show, Shah Alam Art Gallery. • Kraf Art Exibition/Competition, Kraftangan Malaysia, K. Lumpur. • The Mines, Art Exhibition Centre. K. Lumpur. • 1988 • Open Art Show, Galery Shah Alam.• Ismail Embong, Art Gallery. K. Lumpur. • Art Bazar Exhibition, Bank Negara, K. Lumpur. • 1999 • Open Art Show, Galery Shah Alam.• Budaya Craf, Jalan Conlay, K. Lumpur. • Art Bazar Exhibition, Bank Negara, K. Lumpur.• 2000 • Inspirasi 2000, Hotel Helang, Langkawi • Islamic Art Exhibition, National museum, K. Lumpur • Malaysia Ku, Bank Negara. K. Lumpur • Art Bazaar, Kraftangan Malaysia, Jln. Conlay, K.L • Philip Morris, National Art Gallery • Art Bazaar, National Art Gallery, KL • Malaysian Fruits, Art Exhibition, Mandarin Hotel, KL • Rasa Hati, Tongkah Holdings, K. Lumpur • Lim Kok Wing, Art Gallery, K. Lumpur • Invited Artists, Art On Plus Gallery, Melaka • 2001 • Guest Artists, Gallery Shah Alam • Art Bazzar, Jln. Conlay, K. Lumpur • Art & Craff, Gallery Pelita Hati, K. Lumpur • Bersekemuka dengan Adegan, Galery Petronas, K.L. • Crade of the Nation, Galeri MayBank, Bangsar, K. Lumpur.• Road show, Amcrop Mall, P. Jaya • Philip Morris, National Art Gallery • 2002 • Artist Colony, Star Hill, K.L. • HOMEX 2002, The Mines K.L • DEX 2002, PWTC, K. Lumpur • Invited Artist demonstation, Sunway Logoon, K.Lumpur • Hari Raya Promotion, Amcrop Mall, P. Jaya • 2003 • Five Artist Show, MTC, K. Lumpur • Art Bazar, MTC, K. Lumpur • Singapore Art Exhibition • HOMEDEX 2003, Midvelly, K. Lumpur • Artist at Works, Mont Kiara, Flea Market • Suara Merdeka, Mayban • Jiwa Merdeka, Midvelly • 2004 • Open Show, Galeri Shah Alam • Joy With Colour, Maju Junction, K. Lumpur • Laman Seni, K. Lumpur • "LIGHT & SHADOW', Concorde Hotel. Shah Alam.MALAYSIAN LANDSCAPE. National Art Gallery. K. Lumpur

ART EXPERIENCE
1983 - 1993 • Assistant Curator, National Art Gallery. • 1994 - 2001 Graphic Designer Ministry Health of Malaysia • 1985 - 1994 - Study Tour to Art Gallery & Museum Singapore, Java, Sumatra, Indonesia, New Delhi, Agra, Lucknow, India.• Bangkok, Thailand.• Munich, Frankfrut, Germany

SPECIAL GUEST
2003 • Malaysian Images Talk, BBC Radio •2004 • Lacture for Drawing,Kraftangan Malaysia, Artists Workshop, International Scholl, Mont Kiara, malaysian Images, CyberJaya TV • Artist's at Woks, Ranting Art, SACC mall,Shah Alam •



COPRORATE ART COLLECTIONS
- Pernas Hilton Properties, K. Lumpur
- Hayat Regency Hotel, J. Bahru
- Park Village of Malaysia, Melaka
- Crown Pacifik Hotel, K. Lumpur
- Villa Costa Apatrment, Melaka
- Gabungan Penulis Nasional (GAPENA )
- Art Salon, K.Lumpur
- Kraftangan Malaysaia
- Pusat Pelancongan Malaysia, Matic, K. Lumpur
- Art on Plus, A. Keroh "
- Art Colony, K. Lumpur "
- Metro Fine Art, K. Lumpur
- Pelita Hati Gallery of Art, Kuala Lumpur
- Kedah State Goverment "
- Gallery Shah Alam,Shah Alam Selangor
- Malaysian Ambassy, Scotland
- CWS Hygien, K.Lumpur
- Credit Guarantee Corporation (CGC)
- Ministry Argiculture of Malaysia
- MAYBAN Assurance, K. Lumpur
- Kedutaan Hungary, K. Lumpur "
- Idris Bhat Associates-Architects, K. Lumpur
- Galery Petronas, K.L "
- Teras Dara Konsortium, K. Lumpur
- Kementerian Perumahan Tempatan
- Faculty Of Law, University Malaya, K. Lumpur
- Prime Minister Dept, PUTRAJAYA
- DRB-HICOM, Shah Alam
- Deloitte Kassim Chan, P. Jaya
- Malaysia Export Credit Insurance Bhd, K. Lumpur
- Prudential Assurance Bhd. K. Lumpur
- Majlis Bandaraya, Shah Alam
- Malaysian, Ambassy, Brunei
- Pejabat Kebudayaan Negeri Selangor
- New Straits Times, K.Lumpur
- Integrated Logistics Bhd.(ING), S. Alam
- United Overseas Australia Ltd. K.Lumpur
- Bintang Buana, K.Lumpur
- Sapruddin & Co., Seremban
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Negara, K. Lumpur
- Wisma Putra, Putrajaya
- Takaful Malaysia Bhd. "
- Concorde Hotel, Shah Alam.
- Malacca Tourist Infomation, Melaka
- DHL Express Malaysia, K. Lumpur
- A.J.Hamzah & Co, Penang
- Rizal Hashim Simor Creative, Kajang, Selangor
- Embassy of the Republic of Kazahstan, K. Lumpur
- Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor
- Pelaburan Hartatanah Bumiputra Bhd. Shah Alam
- Istana Terengganu, Kuala Lumpur
- Malaysian Embassy, Bosnia Hezagovina
MEDIA PUBLICATONS

1. Teh Suraya Yusof, Khzanah Lama Mengisi Karyanya:
Majalah IMPIANA, Ogos 2000

2. Azran Md Jaafar, Bertaruh Khanah Lama: ANJUNG SERI, Desember Seni,
November 30, 2000

3. Sonia Randhawa, The Dissaprearing World, Anuardan Fading Village,
Agenda Seni, November 30, 2000

4. Sani Ahmad, The Dissaprearing World, Virtual Malaysia, October 10, 2000

5. Solihin Osman, Anuar Dan Pertahankan Tradisi: Brita Harian, April 10, 2001

6. Solihin Osman, Gaya Melayu Dalam Lukisan: Mingguan Malaysia, June 3, 2001

7. Solihin Osman, Khzanah Melayu: Dewan Budaya, Dewan Bahasa & Pustaka, Ogos 2001

8. Solihin Osman, Konsep Melayunisme akan Dipamerkan:
Utusan Malaysia Februari 2001

9. Siti Zainon Ismail, Anuar Dan Solo Exhibitio of Painting and Drawing:
Pelita Hati Gallery of Art, Mei 4, 2001

10. Karen Yap, Touch of The Kampung: News Straits Times, May 11, 2001

11. Norlaila Hamima Jamaluddi.n, Anuar Garap Seni Tradisional Melayu:
Harian Metro, June 14, 2001

12. Sarah Nur Haslyn, Khazanah An Artisrs Perspective on Dissipating World:
Art Corridor Magazine, October 20011

13. Izwani Salfina, Khazanah Melayunisme Aliran Baru Cetusan Anuar Dan:
Majalah DECOR, Desember, 2002

14. Geeta Krishnan, Tribute to a Passing Era: The Star, January 24, 2003

15. Malaysian Culture & Herritage on Display at KLIA: KLIA Bulletin, January 2003

16. Riaz Radzi, Melayunisme Anuar, Dokumentasi Perkampungan Mekayu Untuk
Generasi Baru, Harian Metro, November 2003

17. Kharul Anuar Hussin & Mariana Abdul Rahman, Jatidiri Dalam Melayuisme:
ATH Seminar Figura II: UiTM Seri Manjung, Perak, January, 2004

18. Riaz Radzi, Abadikan Lakaran Dalam Kad Raya: Harian Metro, November 10, 2004

19. SASTERA & BUDAYA, Imej Silam, Nuansa Karya Surealistik Anuar Dan:
Utusan Malaysia, December 30, 2004


20. Ana Yusoff, Anuar Dan at Artist’s Space: News Straits Times,
December 29, 2004

21. Izza Salfinas Ibrahim, Anuar Dan Tonjol Warisan Budaya:
Berita Harian, December 11, 2004

22. Suib Taib, Fading Way of Life: News Straits Times, January 12, 2005

23. Mohd Johari Ab Hamid, Anuar Dan Menggarap Seni Warisan Melayu:
Dewan Budaya, November 2005

24. Anis Mastura Ramli, Anuar Dan, Ukiran budi Mengutip Khazanah Silam:
Variasari, Mac 2007

24. Merdeka Sprit Still On: The Star, Saturday 6 August, 2008

25. Ragbi Inspirasi Anuar Cipta Logo Kemerdekaan:
Utusan Malaysia, September 3, 2008

26. Logo Hari Kebangsaan ke 51, Anggota BPK Gondol Hadiah RM10,000:
Berita Jabatan Kesihatan Awam Bil:.1 /2008

27. Shamsul Azree Samshir, Dari MataTurun Ke Hati, Pemeran Lukisan Kongsi
Rasa Cinta 22 Pelukis Pasar Seni: Berita Harian, February 7, 2009

28. Glimpses Of The Past, Malaysia Hari Ini (MHI ), TV3, 22 Mei, 2008

29. Hand Painted T -Shirt: Malaysia Hari Ini (MHI), TV3, 20 february 2009

Contact No : HANDPHONE 019- 6406374



WEBSITE
- anuardan
- anuardan
- anuardan

ANUARDAN:
Menggarap Seni Warisan Melayu
Oleh: MOHD JOHARI AB. HAMID
DEWAN BUDAYA, NOVEMBER 2005

ANUARDAN:
Menggarap Seni Warisan Melayu Penulis terpegun dengan ketekunan pelukis ini dalam menggarap imej-imej yang bukan asing pada kita ketika di alam kanak-kanak dulu. Kukur kelapa, tempayan jeruk, buyung, tikar, seterika arang, jam dinding, kipas antic, basikal tua, rumah-rumah kampong (lama) yang boleh dianggap telah pupus dan jarang-jarang digunakan lagi. Nostalgia penulis dengan kehidupan zaman kanak-kanak pada tahun 1960-an sedikit terubat apabila menghayati lukisan-lukisan Anuar Dan. Bagi penulis, lukisan-lukisan beliau begitu berjaya membawa kita kembali pada zaman-zaman lampau itu.

Walau bagaimanapun, pelukis kelahiran Taiping, Perak pada tahun 1960 itu seperti mencari sesuatu dalam menterjemahkan kembali imej-imej tersebut dalam karya-karya seninya. Meliuhat stail karya seninya itu, penulis cuba membuat pentafsiran sendiri bahawa Anuar Dan telah bertemu semula dengan identitinya itu. Penulis mulai mengenali pelukis ini sejak tahun 1990 lagi. Tugasnya sebagai pereka grafik di Balai Seni Lukis Negara telah membuka peluang yang cukup banyak kepadanya untuk mengenali dan mendalami duni aseni visual tanah air. Peluang keemasan itu digunakan oleh Anuar Dan bagi memperkaya pengalaman dan ilmu di dadanya. Beliau berkesempatan berkenalan rapat dengan beberapa seniman besar negara seperti Dato’ Syed Ahmad Jamal dan Allahyarham Ismail Zain.

Anuar yang mendapat pendidikan dalam bidang grafik seperti tidak kekok untuk terus mencuba dan mencari peluang untuk bersama-sama meletakkan dirinya bagi memeriahkan lagi dunia seni tanah air itu. Kemungkinan besar Anuar dipengaruhi oleh beberapa orang pensyarahnya yang juga pelukis terkenal seperti Hashim Hassan dan Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Mereka merupakan tenaga pengajar dari jurusan grafik yang turut mewarnai dunia seni visual tempatan dan antarabangsa. Siapakah tidak mengenali dengan pelukis ’Burung Batik’ dan ’Bapa Logo Kebangsaan’ itu ?. Ataupun karya-karya seni yang memaparkan imej foto montaj dan perinding setem Malaysia ciptaan Raja Zahabuddin Raja Yaacob ?.

Berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar itu, Anuar Dan juga berjaya menunjukkan taringnya. Beliau telah berjaya mernagkul tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1983. Bukan setakat itu sahaja Anuar mencipta kejayaan, malah beberapa siri pertandingan karya beliau sering menjadi perhatian juri. Antaranya tenpat pertama pertandingan mencipta logo Anti Dadah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dan Hadiah Kedua pertandingan melukis orkid anjuran Galeri Seni Shah Alam (2000). Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diperolehi Anuar tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau terus berusaha untuk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan

Pemerhatian penulis terhadap perkembangan yang ditunjukkan oleh Anuar bukan berlaku dalam tempoh setahun dua saja. Malah ia berlaku hampir saban tahun sehingga ke hari ini. Ketika seedang melengkapkan penyelidikan di peringkat Ph.D., penulis sering bertemu dengan pelukis ini untuk mendapatkan maklumat dan sejarah seni visual, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan kritikan seni di Malaysia. Anuar menjelaskan bahawa kritikan seni amat diperlukan di negara kita. Menurutnya seni yang tidak dikritik seperti tidak diberi pengiktirafan.
Kritikan seni merupakan satu pengiktirafan masyarakat kepada pelukis dan karya seni itu sendiri. Menurutnya lagi, kejayaan beliau dalam memperolehi identitinya setakat ini adalah usaha kritikan seni sendiri.

Kritikan seni bukan sahaja setakat pengiktirafan tetapi turut memberikan cahaya dalam karya. Karya seni perlu digilap oleh pengkritik seni supaya terus bercahaya. Seperti pelukis lain juga, Anuar tidak gentar apabila menerima kritikan. Padanya, pelukis perlu bersedia pada bila-bila masa untuk dikritik oleh pengkritik seni. Selain itu menurutnya lagi, pengkritik seni juga biarlah terdiri daripada individu yang memahami seni dan mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam dunia seni. Sekurang-kurangnya sesuatu yang diperkatakan itu dapat diterima kerana kritikan juga boleh menjejaskan minat pelukis sekiranya tidak ditangani dengan betul. Pengkritik yang tidak mempunyai pengalaman atau pendidikan seni tidak dapat mengupas karya seni dengan baik. Peluang bagi pelukis untuk memperbaiki apa-apa yang dikritik itu tidak jelas.

Penulis tertarik dengan perubahan Anuar dalam menterjemahkan karya-karya seninya itu. Suatu ketika dulu, Anuar memilih buah-buahan tempatan sebagai tema utama dalam kebanyakan karyanya. Pemilihan itu pada pendapat penulis tidak begitu sesuai kerana, pendekatan dan pengolahan berus dan warna serta paparan imej Anuar begitu bertenaga. Dari karya-karya yang dihasilkan seperti Siri Manggis dan Raja Buah itu sudah terserlah bahawa Anuar perlu memilih objek yang lebih dekat dengan budayanya. Ini dapat membantu beliau untuk duduk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelukis-pelukis terkenal tanah air.

Daripada pemerhatian dan penyelidikan penulis, Anuar gemar melakukan percubaan demi percubaan, terutama bagi mendapatkan tema, gaya, teknik, sapuan berus dan aliran. Cara sapuan berus yang kasar dengan pertindanan warna-warna yang agak garang mendorong penulis berpendapat pengaruh abstrak ekspresionis telah menjiwai dalam dirinya. Namun, Anuar tidak jemu mencuba sehingga kini. Akhirnya dengan pemilihan imej yang lebih padat dan berjaya, Anuar sudah boleh tersenyum bahawa karyanya sudah mulai diintai oleh penggemar lukisan Malaysia. Malah karyanya sudah dimiliki oleh kebanyakan orang kenamaan sama ada dari dala negara atau luar negara.

Kebanyakan karya seni Anuar Dan menyerlah dengan warna-warna impresionis. Iimpresionis merupakan aliran seni moden yang bermula di Eropah pada abad ke – 16. Aliran ini bermula akibat daripada perasaan jemu pelukis ketika itu yang gemar melukis objek yang benar. Satu kumpulan pelukis telah membawa konsep merakam semula simbahan cahaya pagi atau senja di atas objek. Yang menarik Anuar cuba mengambil warna-warna senja dan dipadankan dengan objek-objek warisan melayu itu. Objek itu tidak dilukisnya malah dicetak semula dengan menggunakan teknik sutera saring.

Objek itu dipilih dan disusun mengikut kesesuaian estetika. Bentuk-bentuk rumah melayu lama yang semakin kurang perhatian masyarakat sekarang sebenarnya kaya dengan nilai-nilai tradisi Melayu. Sayangnya, rumah-rumah itu semakin lama semakin pupus ditelan arus pemodenan. Begitu juga dengan barangan lama yang dinyatakan sebelum ini. Barangan tersebut tidak lagi menjadi barangan keperluan, malahan semakin kurang diberi perhatian. Melihat fenomena itu, Anuar Dan mengumpulkannya semula dalam bentuk artistik.

Memetik penulisan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Anuar Dan melukis ’ukiran budi’ Melayu dengan dua bentuk dimensi, mengutip semula khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayan dan sangkar burung. Semuanya kembali untuk dicintai kerana Anuar Dan percaya di situlah inti dan semnagt budi Melayu yang bersalutkan akal menyatukan di jiwa.

Antara karya-karya seni Anuar Dan yang menarik untuk dihayati ialah, ’Mendengar Guruh Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan, ’Rumah Sudah Pahat Berbunyi, ’Rumah Buruk Disapu Cat, ’Ibarat Burung, ’Mata Terlepas Badan Terkurung.

Pemilihan bagai kebanyakan judul karya seni juga penting bagi Anuar Dan. Bagi pelukis yang berkumis nipis itu, disamping menghayati karya seninya, penghayat seni dapat menyelam makna yang tersirat daripada untkapan bidalan dan perumpamaan Melayu itu. Beliau juga ingin memperjuangkannya agar kedua-dua nilai seni Melayu tradisi itu tidak pupus ditelan zaman.

Daripada penyelidikan dan pemerhatian penulis, pelukis turut memainkan peranan penting untuk mengetengahkan semula nilai-nilai seni tradisi nenek moyang kita yang hampir pupus itu. Antaranya gurindam, pantun, seloka, adat berendoi dan sebagainya.

“KHAZANAH” an artist perspective on dissipating worlds

William Faulkner once said that the aim of every artist is to arrest motion, which is life, by artificial means and hold it fixed, so that a hundred years later, when a stranger feasts his eyes on it, it shall move again, since it is life.
AnuarDan did precisely that. “Khazanah” is a collective work emphasising on the pending extinction of quaint Malay houses and its’ heritage.His painting are well articulate, the houses strongly vertical and depicted in surrealistic and semi abstract ways. Figures in his works, exquisitely nuanced, are pale shadows. He has relayed an impending sense of foreboding, of everything being ultimately mutable. Even the intricate and detailed works on these domiciles seem ephemeral. This very ambiguity is profoundly disturbing. His images are imposing but never tactile, and the colour utilised, of ‘dirty’ hues of earth-based tone succeeded in lending his creation a sense of antiquity. These houses and its’ occupants seem deadpan, with a surrealist charge to them. As for the other embellishments, (bicycle, foliage, kitchenware) they all have an eerie and transparent quality to them. It is like viewing your own house from another dimension. There is also a trace of scepticism in his works, although he regrets the pending demise of such beautiful houses, he seems almos distrustful that anything can be done to halt the process.This body of work is indeed the exact opposite for this artist, who started out his carear painting vividly coloured fruits. Encouraged by the then Director of Malaysia’s National Art Gallery, Datuk Syed Ahmad Jamal, AnuarDan participated in competitions with works exploring natural themes, and evolving into the abstract medium. He has not abandoned his fruits series however. as they are popular with hotel and locals.
This works are his way of preserving what is left of the Malay culture, when not very far into the future, will be replaced by imprersonal and gargantuan buildings. The next generation will never know any differenct, but thanks to AnuarDan and other artist with similar love for culture, they have seen it that proper documentation is done. Although these domains may one day no longer exist, its beauty is immortalised for all to withness. His paintings are metapohors of a pending future nothingness, of a society, which functions on logic and practicality, where aesthetics are mere distractions and the persuit of wealth is dominant. These are trouble times, when the sense of common grounds is compromised and etiquette of preserving culture is lost somewhere in between.

art corridor, october 2001


SENI RUPA MELAYU ! anihkah istilah ini sama saja dengan Chinese Painting. atau Victorin art atau Afirican art, Barangkali inilah yang telah menggelorakan batin Anuar Dan dengan kongsep lukisan yang dipamerkan kepada kita.Dalam pembicaraan dengan beliau seminggu yang lalu dengan penuh kesedaran dia melemparkan idea seni "melayuisme". Apakah ini aliran baru yang ingin dicetus beliau ? Sensasikah idea ini ? Untuk ini saya melihat, memang inilah istilah yang tercatat atau yang berani beliau catat dengan media seni lukisnya. Walaupun kongsep ini telahpun dicetuskan sebagai hasil seni.
Mari kita rujuk karya beliau. sebagai seorang lepasan pengajian seni reka grafik kaedah bekerja pakar grafika terutama dari segi gabungan teknik cetak masih terasa. Cuma apabila dia mula melukis (dalam teks sastera klasik disebut " tulis = bertulis = tulisan") kita dapat merasakan luapan emosi yang memaparkan makna lambang dalaman melebihi fakta yang dikumpulnya. Kesedaran kepada isu-isu pribumi bukan sesuatu yang baru. Syed Ahmad Jamal telahpun lebih awal muncul dengan "umpan" (1958) dan "Chairil Anwar "(1958) (lihat Kunang-kunang,1999:88-89). Atau Latiff Mohidin dengan siri "Langkawi" (1977). Tetapi kerana mereka membawa citra ekpresionisme, semangat pribumi itu tidak pula timbul
ketika itu. Walaupun mereka (saya percaya) teks sastera Melayu klasik memang telah sebati. Rujukan karya oleh pelukis seangkatan beliau wajar disebut. Antaranya ialah Amron Omar dengan siri gerak silat. Jalaini dengan siri flora fauna dan budaya benda Melayu. Yang benterasa merujuk teks sastera klasik ialaAnuar Rashid dalam "Inderaputera- -kelahiran diterbangkan merak" (1978) manakala Ismail Lattif dengan "Lembah Mayang Sari - Penerbangan Mayang Sari" (1987). Kesetiaan Ismail Lattif dengan teks sastera dan budaya Melayu klasik terbukti dengan mengekalkan semangat pribumi dalam memberi judul lewat perkataan dan ejaan Melayu untuk setiap karya lukisannya. Sehingga kerap bagi mereka yang sebati dengan worldview Melayu akan cepat tersentuh.

Tugas pelukis adalah berkarya tentu tidak sama dengan, dan si penghimpun seni untuk masa depan. Di sini saya melihat, peranan AnuarDan. saya melihat dia juga adalah penilai dan penghimpun khazanah budaya. Dia mengheret kendi tembaga India. Buyung Sayong, acuan kuih bahulu Terengganu, seterikaCina, jerangkap burung Kedah, basikal tua, syiling zaman kerajaan Melaka, selipar manik nyonya, kerusi lipat Betawi, mesin jahit singa, tempayan taucu China.... semuanya khazanah budaya benda ini telah berusia lebih 80 tahun dan dapat dikatagorikan sebagai barang antik. Tapi di tangan dan pelitahatinya kita rasa kasih, rasa terhutang kepada sejarah lampau. Pengertian khazanah yang membawa makna, barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dalam memperkayakan fikiran.."(Iskandar, peny. 1994. Kamus Dewan:673). Kiranya memang tepatlah konsep proses pengkaryaan Anuar Dan.Memang ada pelukis lain yang seangkatannya merakam rekabentuk seni bina Melayu seperti Tajuddin Haji Ismail, tetapi pelukis ini melihat dari mata seorang arsitektur; shafie Haji Hassan, Othman Akbar sulong, ataupun Victor Chin, tetapi karya mereka masihmeneruskan gaya impresionisme cat air kolonial (lihat karya mereka dalam Puspaseni, 1989, Bank Negara Malaysia)

Perbandingan ini dilakukan buat menemui gaya pribadi Anuar Dan. Saya menemukan keistimewaan ini.Kalau Mastura Abdul Rahman melihat dari pandangan atas akan ruang dalaman rumah Melayu, dengan tikar batik, tempayan, buyung tikar dan bantal (Ibid:155); Anuar pula mengangkat segala khazanah peralatan budaya dalam rumah ke halaman rumah. Pelukis ini bagai tidak sabar untuk mempamerkan di halaman luar. Kenapa ? berdasarkan celah-celah ceritanya, dia gagal menemukan semua khazanah perba itu di dalam muzium ! Memang ada terkumpul di muzium tanahair tetepi tidak semua dapat dipamerkan, sebaliknya tersimpan di ruang stor -tidak dipamerkan. sinis? Barangkali saja, kerana buyung, kendi, mesin jahit, seterika, acuankuih yang seharusnya

berada di dapur, di bilik tidur, di belakang rumah semuanya di angkat ke halaman. Memang ada kerusi di anjung, basikal tersandar di celah pintu, sangkar burung tergantung di bawah lemudi, selipar di tangga, tetapi dengan rekabentuk rumah Perlis, Anjung rumah Melaka, sudah disengetkan tiangnya, atau di tinggikan dari aras tanah... perabung boleh saja bertindan dengan kisi-kisi atau pintu tolak goyang kedai kopi satara pula dengan cerek atau acuan ikan berselerak di halaman (ruang depan kertas). Ini semua adalah berkat kerja grafik yang dapat memudahkan susunan dan mainan ruang. Begitu juga, awan larat ukiran bukan lagi berkedudukan konvensional yang menempel sebagai perabung, tetapi muncul sebagai susunan ruang, dengan menimbulkan kesan warna paduan gelap dan terang. Terang di luar, gelap di dalam atau sebaliknya bisa terjadi. Tidak anehlah dalam teks sastera klasik semua bunga seperti berembang, cengkeh, matahari atau daun budi atau aneka warna di sebut sebagai awan-bekerawang tergantungan bebas terawang. Ini dilengkap lagi dengan flora-daunan berpucuk merangka putih di tangga.Seperti juga kesedaran mengutip dan menghimpun khazanah sejarah, kita juga dapat mengesan citra warna alam Melayu. di sana sini warnanya adalah ibarat diperikan, ".... siang warna minyak petang warna lembayung". Rata-rata lukisannya adalah berlatarkan suasana peralihan warna siang ke petang. Kalau selama ini pelukis bertolak daripada konsepwarna panas dan dingin gaya Barat tetapi dalam siri Khazanah ini AnuarDan meneroka warna nenek moyangnya yang menggobek sireh, yang berair liur merah terjelma oleh sirih, gambir, pinang, kapur yang mengkacip kuning pinang masak, atau tergiur dengan merkah merah delima di halaman; perang sabut kelapa, atau merah lebam kayu jati, hitam tampuk manggis, dan kilau kuning tembaga.

Ini dibukti lagi dengan senarai judul karya-karya yang dipamerkan kali ini bergaul antara nilai klasik dan sinis semasa antaranya yang klasik ialah "seperti pinang pulang ke tampuk, mencurah air ke daun keladi, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah" - atau Anuar juga mula risau dan merasa sinis seperti judul, " di rumah beraja-raja di rimba berberuk-beruk, ada wang abang disayang tak ada wang abang melayang.... "
Sejauhmanakah berhasilnya Anuar dengan semangat Melayuisme yang ingin ditampilkan? Inilah budi Melayu, yang kurik itu kendi yang merah itu saga. Anuar telahpun melurik kendi, telahpun memerah sagakan warisan budaya. Tahniah!

Teks Tulisan Prof. Dr Siti Zainon Ismail, Sempena Perasmian Pameran solo ANUARDAN, 2001.

AWARDS
1983 • First Prize, Logo Design, Keretapi Tanah Melayu (KTM) • 1986 • First Prize, Logo Design, Malaysian Sport (SUKMA) • Minor Award, APS Art Competition, Creative Certre, K.Lumpur• 1987 • First Prize, Logo Design, Drug Abuse, Ministry Education of Malaysia • Minor Prize, Logo Design, National Sport Council • Minor Prize, Logo Design, Zoo Melaka •1990 • Special Award, Familly Art Competition, City Hall, K. Lumpur • 1991 • 3rd. Prize, Poster Design, One World Whithout War • 1992 • Minor Prize, Street Banner Design Competition, City Hall • 1996 • 3rd. Prize, Government Staff Art Competition• 2000 • 2nd. Prize, Orchid life drawing, Gallery Shah Alam • 2002 • Consolation Prize, Orchic drawing, MBSA • Consolation Prize, Malacca Open Art, 2005 •

Expos Collective (Listing)

COPRORATE COLLECTIONS
• Pernas Hilton Properties, K. Lumpur • Hayat Regency Hotel, J. Bahru • Park Village of Malaysia, Melaka • Retaurant, Crown Pacifik Hotel, K. Lumpur • Villa Costa, Melaka • Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) • Dewan Bahasa & Pustaka, K. Lumpur • Art Salon, K.Lumpur • Kraftangan Malaysia • Matic, K. Lumpur • Art & Decor, KLCC • Art on Plus, A. Keroh • Art Colony, K. Lumpur • Metro Fine Art, K. Lumpur • Pelita Hati Gallery of Art • Kedah State Goverment • Gallery Shah Alam • Malaysian Ambassy, Scotland • CWS Hygien, K.Lumpur • Credit Guarantee Corporation (CGC) • Ministry Argiculture of Malaysia • MAYBAN Assurance, K. Lumpur • Kedutaan Hungary, K. Lumpur • Idris Bhat Associates-Architects, K. Lumpur • Galery Petronas, K.L • Teras Dara Konsortium, K. Lumpur • Ministry Education Of Malaysia • Kementerian Perumahan Tempatan • Faculty Of Law, University Malaya, K.L • Prime Minister Dept, PUTRAJAYA • DRB-HICOM, Shah Alam • Deloitte Kassim Chan, P. Jaya • Malaysia Export Credit Insurance Bhd, K. Lumpur • Prudential Assurance Bhd. K. Lumpur • MBSA Shah Alam • KAJ ,Starstock, P. Jaya • Malaysian, Ambassy, Brunei • Pejabat Kebudayaan Negeri Selangor • New Straits Times, K.Lumpur • Integrated Logistics Bhd. S Alam • United Overseas Australia Ltd. K.Lumpur • Bintang Buana Sdn. Bhd. K.L• Sapruddin & Co., Seremban • Bank Simpanan Nasional • Bank Negara, K. Lumpur • Johor Link. Bhd.• Kem. Pembangunan Wanita • Takaful Malaysia Bhd. • Wisma Putra, Putrajaya • Concord Hotel Shah Alam • Ebiza Design • Kuang Conctruction • DHL Malaysia •

PRIVATE COLLECTIONS
• Ahmad Razali, MAYBAN, K. Lumpur • Mrs. Margaret Teo, K. Lumpur • Tjandra P. Mualim, Singapore • Mr. Andrew, Frankfrut, Germany • Ali Musa Chat, Perak • Nor Azam Abd. Aziz, S. Jaya • Zarina Abdullah, S. Alam • Sze Tho Hoong Po, J. Baru • Rahaina Ahmad, K. Lumpur • Dato’ Azmi Khalid, K. Lumpur • Anita B. Arphan, P. Jaya • Mr. William Tan, P. Jaya • Mohd. Rizal Razali, K. Lumpur • Datin Lolo Ismail, P. Jaya • Puan Ariza Abu Bakar, K. Lumpur • Puan Sri Datin Nila Inangda, K. Lumpur • Mr. Ong Boon Cheow, K. Lumpur • Ainol Mardziah Omar, K. Lumpur • Shamsudin Md. Salleh, Gallery Petronas, K. Lumpur • Hjh. Zoyah Norddin, K. Lumpur. • Mohd. Ramli Ahmad, S. Alam • Suhaili Kamin, Rawang, Selangor • Mr. Hee Yoong Soo, Worldwide Art & Frame, K.Lumpur • Mr. Chris Gibson, United Kingdom • Wan Zakaria, Universiti Malaya • Suhaimi Halim, J. Bahru • Dato’Affendi Nawawi • Mr. Steve Hall, England • Norizah Md. Noor, Kajang, Selangor • Mr. Alsons Grieb, Germany • Cik Arishah Abu Bakar, Shah Alam • Datin Hyean, K. Lumpur • Raja Alena, K. Lumpur • Dato’ Shahrizat, K. Lumpur• Salmah Bee Mohd. Mydin, Securities Comission, K. Lumpur • Noorhajran Mohd. Noor, Sunway, P. Jaya. • Joseph H. B. Loh, Prudential Assurance M’sia Bhd.• Robert Emerson, Calirfoirnia, USA. • Zaiham Ahmad, Nippon Oil Exploration (M), Ltd, KLCC, K. Lumpur. • Baharuddin Muhammad, Sri Subang, P. Jaya. • Mohd Zaki & Norhayati, Seksyen 13. Shah Alam • Sakenah Ahmad, K. Lumpur • Jack Khoo Chin Seng, Subang Jaya • Nila Rasmi Widodo, BP Malaysia, K. Lumpur • Perez Fernandeze, P. Jaya • Francis Loang, K. Lumpur • Hema K Yau, K. Lumpur • Ibrahim Saad, K. Lumpur • Zulfakar Mahmud, S. Alam • Dato’ Param, K. Lumpur • Dato’ Zetty Engku Aziz, K. Lumpur • Dato’ Azmil Khalid, K. Lumpur • Mimi Fauzana Rahman, K. Lujmpur • Eugene H. S. Lee, P. Jaya • Yashimah Ahmad, K. Lumpur• Derek J. Fernandez, P.Jaya • Dr John Battison. Netherland • Annie Low, K. Lumpur • Vendy & Low K. Lumpur • Mark Simon, Netherland • K Kayab, Japan • Salmah Osman, P. Jaya.• Rohaidah Shaari, P. Jaya • Tan Sri Dato’ Azman Hashim • Tan Sri Rahim Dato’ Tamby Chik • Zaharah Osman, S. Alam • Dr. Noordin Darus, Subang Jaya • Lee Kok Khee, S. Jaya • Tunku Nasiruddin & Darawatii Hussain, K. Lumpur • Salina Mohamed Ali, Shah Alam • Khairan Mohamed & Mathias Deubel, Sieramas, K. Lumpur • Samsul Jamaluddin, Sungai Buluh, Selangor • Datuk Syed Ahmad Jamal, Selangor •


Expos Solo (Listing)

ART EXPERIENCE
1983 - 1993 • Assistant Curator, National Art Gallery. • 1994 - 2001 Graphic Designer Ministry Health of Malaysia • 1985 - 1994 - Study Tour to Art Gallery & Museum Singapore, Java, Sumatra, Indonesia, New Delhi, Agra, Lucknow, India.• Bangkok, Thailand.• Munich, Frankfrut, Germany


MEDIA PUBLICATONS
Dewan Budaya Ogos 1985 • Utusan Malaysia, 7 Feb.1998 • News Straits Times, April 2000 • Impiana Magazine, Ogos 2000 • Anjung Seri Magazine, December 2000 • Utusan Malaysia, Feb, 2001 • Berita Harian Feb, 2001• News Straits Times, May 2001 • , December 2000 • Mingguan Malaysia, 3 Jun, 2001 • New Sunday Times, May 5, 2001 • Harian Metro, 14 jun 2001 • Berita Harian, May 24, 2001• Art Corridor Magazine, 3rd Issue • Dewan Budaya, Ogos 2001• The Star, June 2002 • Decor Magazine, Julai 2002 • The Star, Jan 2003 • KLIA News Letter Feb, 2003 • BBC Broatcasting, ,Malay House Paintings,July • Ikon, Berita Harian, 20 Nov, 2004 • The Star, 17 Dec,2004 • Utusan Malaysia, 30 Dec, 2004 •


art event

art event


MY ART SHOP "DanVillage" AT CENTRAL MARKET, KUALA LUMPUR

MY ART SHOP "DanVillage" AT CENTRAL MARKET, KUALA LUMPUR

"DanVillage" Selling Art Products, T-Shirt for personal Collection and gift, postcards ect.